MANFAAT ALQURAN SETELAH KITA MATI!!! Abu Umamah R.A


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supayakami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.Wmemberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, diakhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :"Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku diwaktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca menghadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

2 komentar untuk "MANFAAT ALQURAN SETELAH KITA MATI!!! Abu Umamah R.A"

  1. Jazakallah khayr Ustadz atas sharing ilmunya, smoga ke depan kami tetap istiqomah membaca, memahamai dn menghafal Alqur'an

    BalasHapus
    Balasan
    1. InsyaAllah dan Semoga Allah Ridho dan Berkehendak Memudahkan Langkah Kita dalam memahami Al-quran dengan mengamalkannya

      Hapus